Thursday, November 19, 2009

Ibu bapa pencorak akhlak anak-anak.....


Syukur alhamdulillah, cuti sekolah sudah pun bermula. Sekurang2nya anak2 ini mempunyai lebih kurang 42 hari atau lebih dalam memaksimumkan cuti persekolahan akhir tahun bagi sesi 2009 ini.
Ingin aku berkongsi pendapat dan pandangan yang kuambil daripada khutbah Jumaat yang didengari melalui corong radio IKIM sebentar tadi. Isi khutbah hari ini benar2 membuka minda dan pandanganku mengenai kepentingan serta peranan ibu bapa dalam mencorak akhalak generasi kini.Justeru itu, melalui wadah ini aku ingin berkongsi segalanya bersama teman2 dan para pembaca, mudah2an catatan ini bisa menjadi momentum buat kita semua yang telah pun bergelar ibu bapa, umi abi, mama ataupun papa.
Anak, merupakan satu anugerah yang cukup ternilai dan tidak terhitung syukurnya jika pasangan yang berkahwin dikurniakan cahaya mata. Namun, adakah kehadiran mereka ini sebagai penyeri mata, atau sebaliknya? Bagaimana pula nasib mereka di masa depan? Adakah mereka ini mampu menjadi modal insan yang beriman kelak? Pokok pangkalnya terletak dibahu kita sebagai pemegang amanah yang telah dipilih oleh Al-Khaliq . Fitrahnya anak-anak itu lahirnya suci, putih dan bersih.....ibu bapanyalah yang akan mencoraknya, sama ada menjadi yahudi, nasrani ataupun muslim sejati.
Dewasa ini, kesibukan para ibu bapa yang berkerjaya, menyebabkan anak-anak terabai fizikal dan mentalnya, rohani dan jasmaninya.Anak-anak ini lebih banyak menghabiskan masa mereka bersama pembantu rumah, pengasuh atau sebagainya. Bukan tujuan saya memperkecilkan kepentingan mereka , walhal saya sendiri tahu mereka juga mempunyai peranan tersendiri, namun sebagai ibu bapa kita perlu lebih prihatin dan "cemburu" dengan siapakah anak2 ini menumpang kasih dan sayang. Jangan jadikan kesibukan kita sebagai batu penghalang untuk kita agar terus mendidik dan mentarbiyah anak2 sendiri. Junjungan besar nabi kita Muhammad S.A.W juga pernah diasuh oleh beberapa pengasuh yang hebat antaranya Halimatus Sa'diah yang diakui memiliki akhlak dan nilai-nilai murni serta kehidupan yang cukup sederhana yang mana memberi impak yang positif kepada baginda sehingga baginda terdidik dengan sifat2 sabar, berdikari, dan memiliki sifat2 mahmudah yang terpuji.
Namun, dalam mendepani era globalisasi yang menakutkan, pemodenan berlaku secara mendadak, pemikiran manusia semakin terbuka , anak2 hampir2 melupakan nilai2 murni yang dituntut oleh agama. Sifat malu sudah tidak menjadi tabir dalam kehidupan, malah kemaksiatan dilakukan dengan sukarela dan kebanggaan. Sedih...sedih...sedih...jika memikirkan keruntuhan akhlak yang berlaku kini.Jika fenomena ini terus membasahi umat islam, maka akan berlakulah lagi keruntuhan empayar islam seperti yg berlaku di zaman khalifah uthmaniah, malah tidak mustahil bala Allah akan menimpa kita sebagai umatnya yang semakin hanyut dengan bisikan nafsu syaitan.
Justeru, sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab dan beriman, perancangan perlu kita buat. Mesti ada misi dan visi. Rancang beberapa program yang dapat membina jatidiri nilai-nilai murni untuk anak2 kita. Setkan program yang dapat menyubur kembali akidah mereka. Mungkin cuti yang panjang ini kita dapat perbaiki ilmu fardhu ain anak2, buatkan jadual ulangkaji, bawa mereka ke tempat2 percutian yang bukan saja mengundang rasa keseronokan, malah dapat menyemai rasa syukur yang tidak terhingga di atas kurniaan nikmat yang maha esa. Malah tidak salah jika kita sama-sama beriadah bersama mereka. Sesungguhnya anak2 yang masih setahun jagung ini belum lagi matang temikiran mereka, akalnya pendek, justeru itu, andai mereka diuji dengan pelbagai cabaran yang mendatang, mereka akan mudah terikut2 rakan2 atau sesiapa sahaja yg akrab dengan mereka. Didiklah jiwa mereka agar menjadikan junjungan besar nabi kita , para sahabt dan orang-orang soleh sebagai ikon yang boleh dicontohi. Sesungguhnya media massa juga telah banyak mempengaruhi pemikiran, tatasusila dan jatidiri anak2 masa kini. Bukan saya katakan media massa mendatangkan masalah. Setiap perkara itu ada pro dan kontranya, hanya kita sebagai org yang lebih dewasa kena bijak mengaturnya. Janganlah cuti sekolah anak2 lebih byk menghabiskan masa mereka dengan menonton rancangan televisyen semata2. Program hiburan yang melalaikan yang mampu memberi kesan cepat kepada anak2 kita. Bicara saya ini adalah peringatan buat diri sendiri kerana saya juga seorang ibu yang sentiasa sibuk. Bersyukur saya kerana di beri peluang mendengar khutbah ini. Mudah-mudahan masih belum terlambat untuk saya mengatur perjalanan masa cuti anak2 saya dengan perkara yang paling berfaedah. Kadang-kala saya rasa cukup tersentuh apabila melihat seorang ibu dikurniakan seorang anak yang soleh. Alangkah bertuahnya badan. Jadi saya berazam, jika saya punya strategi tertentu disamping penyerahan diri sepenuhnya kepada illahi, insya Allah impian saya juga akan tercapai. Sudah tentu ibu yang beruntung itu tidak duduk diam...mesti ada rahsia yang bisa dikongsi bersama......Bagaimana kita? Ayuh fikir2kanlah sebelum kita terlambat dan menangisi sesuatu yang tidak perlu kita tangisi......................wallahu a'lam.

Thursday, October 15, 2009

Kolokium GPI / j- -Qaf.......antara ilmu dan ukhuwah....


Tarikh : 10 Oktober 2009 ( Sabtu )
Masa : 7.30 - 12.45 tgh hari
Tempat : Dewan SM Teknik JB


Seperti yang di amanahkan, aku menghadiri Kolokium GPI / j-Qaf dengan ditemani rakan sepasukan , Rohana, Azwani dan Radhiah. Walaupun pada hari yang sama, sepatutnya aku menghadiri kursus seni visual di SK Sri Tebrau, tetapi demi GPI aku sanggup korbankan walaupun aku juga minat pada kursus PSV yang sepatutnya kuhadir.
Terima kasih di ucapkan kepada para penceramah yang sudi berkongsi ilmunya kepada kami. Mudah-mudahan ilmu yang diperolehi dapat aku gunakan untuk peningkatan kerjaya serta menambah kualiti dalam mendidik anak-anak didikku serta persediaan bagi mendepani karenah anak didik di zaman sekarang.
Namun , di sebalik ilmu yang aku perolehi, rupa-rupanya majlis ini juga menemukan aku dengan seorang teman sebilik yang pernah sama-sama menuntut di Universiti of Jordan. Ahlan wasahlan ya ustazah Norliza Mohd. Khir. Tak sangka disini rupanya ukhuwah itu akan bersambung kembali....

Majlis Khatam Al- Quran - SKTU3




Tarikh : 9 Oktober 2009 ( jumaat )

Masa : 10 pagi
Tempat : Dewan besar SKTU3


Pertama sekali syukur kupanjatkan padamu illahi kerana berkat kerjasama, muafakat, saling memahami, akhirnya program terakhir bagi Panitia Pend. Islam SKTU3 telah selamat mengadakan majlis khatam Al-Quran khusus bagi murid-murid tahun 6, dan murid-murid j-Qaf amnya...
Sebagai kutua panitia , saya merakamkan ucapan jazakillahi khairul jazak buat Pn. Radhiah yang berjaya menyelaras program ini dengan bantuan PN. Aida, Pn. Azwani, Pn. Juwina, Pn. Rohana dan Pn. Rubiah. Mudah-mudahan, pengalaman ini dapat membantu kita semua agar dapat berganding bahu dalam merencanai program yg. akan datang.
Majlis ini bermula selepas rehat, sekitar jam 10.00 pagi bertempat di dewan SKTU 3. Acara dimulai dengan paluan kompang dan perarakan kompang khusus bagi mereka yg dirai. Terasa seperti pengantin .......Sesungguhnya paluan ini sebagai pembakar semangat buat yang lain agar berlumba-lumba untuk terus mempelajari bacaan al-Quran dengan lebih baik bukan kerana habuan yang dijanjikan di dunia tetapi mengejar habuan illahi di akhirat.....Mudah-mudahan anak2 didikku ini bisa menjadi generasi al-Quran seterusnya modal insan yg berjaya menyatukan antara kehendak duniawi dan ukhrawi berlandaskan al-Quran dan assunnah, insya Allah.
Sekalung tahniah buat murid-murid yang berjaya mengkhatamkan bacaan al-Quran mereka .

Tahun 6 & j-Qaf
  1. Mohd. Zakuan
  2. Omar Abd. Aziz
  3. Usman Affan
  4. Amirul Hakim
  5. Mohd. Syahmi
  6. Mohd. fitri Hilmi
  7. Mohd. Naqib
  8. Alya
  9. Zakiah
  10. Nor Fazlin
  11. fatimah Khartun
  12. Mohd. farhan
  13. Norfarhanim
  14. Amir Haziq
  15. Mohd. Nabil
  16. Nursyuhada
  17. Siti Amirah

Tahniah buat Mohd Asrul Azri dan Nor farhanim kerana berjaya dinobatkan sebagai Tokoh Murid Mithali 2009........mabruk a'laikuma....

Friday, September 11, 2009

Tingkatan Puasa.....

Ramadhan semakin menginjak ke penghujungnya. Terasa sungguh sedih, kerana belum pasti Ramadhan di tahun hadapan bakal dapat dilalui...... Dalam kesibukan mengejar syawal yang hampir seminggu dirasai, janganlah kita alpha dek keseronokan berbelanja dan berlebih-lebihan dalam membuat pelbagai persiapan untuk menyambut Syawal . Rebutlah jua keseronokan malam-malam terakhir penghulu segala bulan ini. Mudah-mudahan Malam lailatul qadar bisa kita rasai kenikmatannya.
Sesungguhnya ramadhan ini bulan yang penuh dengan tarbiyahnya. Tarbiyah rohani dan jasmani. Harapan saya , apabila ramadhan ini telah pergi, saya mampu menjadi yang lebih baik dari sebelumnya. Menurut Imam al-Ghazali,puasa dari kaca mata tasawwuf terbahagi kepada tiga tingkat iaitu :

1. shaum al-umum ( puasa orang kebanyakan )

- sekadar menahan perut daripada lapar dan dahaga serta anggota sulit daripada syahwat.

2. Shaum al- Khusus (puasa khusus )

- puasa ini adalah puasa orang-orang soleh iaitu menahan anggota badan daripada melakukan kemaksiatan dengan enam perkara berikut :

  • menjaga mata daripada melihat perkara kemaksiatan
  • menjaga lisan daripada memfitnah, mengumpat, berdusta dan perkara yang sia-sia
  • menjaga telinga daripada mendengar yang haram
  • menjaga seluruh anggota tubuh daripada perbuatan negatif
  • menjaga agar tidak makan berlebihan ketika berbuka
  • menjaga hari agar senantiasa takut dan berharap kepada Allah kerana Allah sahajalah yang berhak menolak dan menerima puasa kita.

3. Shaum khusus al-khusus (puasa golongan yang khusus )

- puasa ini merupakan puasa tiga golongan iaitu : para nabi, Al-Siddiqun ( orang yang jujur ), Al-Muqarrabin ( orang yang dekat dengan Allah )



Namun saya tetap berharap agar saya mampu menduduki puasa tingkat yang kedua. Sesungguhnya dengan rasa rendah diri dan sedar diatas kelemahan serta kekurangan diri, saya masih belum mampu menduduki carta puasa yang ketiga ini, kerana tingkat puasa yang ketiga ini adalah yang paling tinggi darjatnya kerana mereka yang berada ditingkat ini bukan sahaja puasa pada diri dan jasmani tetapi seluruh hatinya juga berpuasa kerana Allah, semata-mata mengharapkan bekal dan ganjaran ukhrawi. Aduh....sungguh indah puasa golongan ini....wallahu a'lam.

Wednesday, February 11, 2009

5 Ubat Penenang Hati......


Hati......anugerah Allah yang paling unik...Disinilah tersimpannya seribu perasaan manusia...Kasih sayang, cinta, rindu, dengki dan juga dendam.......Ia makhluk Allah yang perlu dijaga. Rosakknya hati manusia, merosotnya kesihatan seorang individu. Roh hati perlu dibajai dengan iman dan taqwa. Hati yang tenang menggambarkan kebahagiaan yang sebenar. Ubat penenang hati tidak perlu dibeli difarmasi atau klinik.......hanya laksanakan keranaNYA, insya Allah hati anda akan beroleh ketenangan.........
  • Membaca Al-Quran dan mengajarkannya
  • Berkawan dengan orang yang soleh
  • Berzikir setiap masa
  • Solat malam
  • Rajin berpuasa

Monday, February 9, 2009

14 Febuari....perlukah anda meraikannya?


Fatwa : Hukum Umat Islam Menyambut Hari Kekasih (Valentine's Day)

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-71, yang telah bersidang pada 20-22 Syawal 1426 Hijriah bersamaan 22-24 November 2005 di Kuching Sarawak telah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine's Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Antara Hujah Keputusan Tersebut Adalah Seperti Berikuit :

1. Sejarah Valentine's Day tidak ada di dalam Islam. Budaya perayaan ini mempunyai unsur-unsur kristian dan bercanggah dengan Islam.

2. Di Dalam Islam tidak ada hal tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitik beratkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.

3. Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine's Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkan boleh menggugat aqidah Islam.

4. Sekiranya sesaorang itu berhasrat untuk memberi hadiah kepada sesaorang pada 14 Febuari bersempena dengan valentine's Day, perbuatan tersebut adalah tidak betul kerana seolah-olah meraikan konsep yang dibawa oleh Valentine's Day.

5. Valentine adalah asal nama sebenar St.Valentino iaitu seorang paderi yang paling berpengaruh di zaman pemerintahan Ratu Isabella di Sepanyol dan juga merupakan antara orang yang terpenting yang menghancurkan tamadun Islam di Sepanyol. Oleh itu, Ratu Isabella telah menetapkan 14 Febuari sebagai hari mengingati kemenangan kristian terhadaop Islam . maka, barangsiapa yang merayakannya seolah-olah ia bergembira dan merestui ke atas kekalahan umat Islam di sepanyol.

ruj: www.johordt.gov.my/mufti

Saturday, December 6, 2008

Rahsia Tujuh


Ketahuilah bahawa Zat Pencipta, Yang sangat besar kekuasaanNya, dan sangat tinggi kalimatNya serta bersinambungan nikmatNya, telah menghiasi TUJUH perkara dengan TUJUH perkara, dan menghiasinya pula bagi tiap-tiap yang TUJUH perkara itu dengan TUJUH perkara yang lainnya, untuk memberitahukan kepada orang-orang yang berilmu bahawanya angka TUJUH itu mempunyai rahsia yang sangat besar dan kedudukan yang agung di sisi Allah swt., Maharaja dan Pemimpin yang memiliki kemudharatan dan kemanfaatan.
Pertama
Allah swt. telah menghiasi udara dengan TUJUH lapis langit. Firman Allah swt. di dalam Surah An-Naba' ayat 12
[12] Dan Kami telah membina di atas kamu TUJUH petala (langit) yang kuat kukuh
Kemudian Allah swt. menghiasi langit dengan bintang TUJUH. Firman Allah swt. di dalam Surah Al-Hijr ayat 16
[16] Dan demi sesungguhnya! Kami telah menjadikan di langit bintang-bintang (yang berbagai bentuk dan keadaan) serta kami hiasi langit itu bagi orang-orang yang melihatnya
Kedua
Allah swt. telah menghiasi padang yang lapang dengan TUJUH lapis bumi. Firman Allah swt. di dalam Surah At-Talaaq ayat 12
[12] Allah yang menciptakan TUJUH petala langit dan (Ia menciptakan) bumi seperti itu; perintah Allah berlaku terus menerus di antara alam langit dan bumi. (Berlakunya yang demikian) supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu, dan bahawa sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmuNya akan tiap-tiap sesuatu
Kemudian Allah swt. menghiasi bumi itu dengan TUJUH lautan. Sebagaimana firmanNya di dalam Surah Luqman ayat 27
[27] Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya TUJUH lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana
Ketiga
Allah swt. telah menghiasi neraka dengan TUJUH tingkat iaitu Jahannam, Sa'iir, Saqar, Jahiim, Hurhamah, Ladhaa dan Hawiyah. Kemudian Allah menghiasinya dengan TUJUH pintu, sebagaimana firmanNya yang di dalam Surah Al-Hijr ayat 44
[44] "Ia mempunyai TUJUH pintu; bagi tiap-tiap sebuah pintu ada bahagian yang tertentu dari mereka (yang sesat dan menyesatkan itu)"
Keempat
Allah swt. telah menghiasi Al-Quran dengan TUJUH surah yang panjang, kemudian munghiasinya pula dengan TUJUH ayat pembuka kitab (faatihatul-kitaab). FirmanNya di dalam Surah Al-Hijr ayat 87
[87] Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu (wahai Muhammad) TUJUH ayat yang diulang-ulang bacaannya dan seluruh Al-Quran yang amat besar kemuliaan dan faedahnya
Kelima
Allah swt. menghiasi manusia dengan TUJUH angggota badan iaitu, dua tangan, dua kaki, dua lutut dan satu wajah. Kemudian Allah swt. menghiasinya dengan TUJUH peribadatan iaitu dua tangan dengan doa, dua kaki dengan berkhidmat, dua lutut dengan duduk dan muka dengan sujud. FirmanNya di dalam Surah Al-'Alaq ayat 19
[19] Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!
Keenam
Allah swt. menghiasi umur manusia dengan TUJUH peringkat. Pada masa lahir disebut "radli", kemudian 'farhim', kemudian 'kuhul', kemudian 'syaikh'. Dan menghiasi TUJUH peringkat umur ini dengan TUJUH kalimat iaitu Ucapan Laa Ilaaha Illallaah Muhammad Rasuulullaah Firman Allah swt. di dalam Surah Al-Fath ayat 26
26] (Ingatlah dan kenangkanlah ihsan Tuhan kepada kamu) ketika orang-orang yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh yang ada dalam hati mereka (terhadap kebenaran Islam) - perasaan sombong angkuh secara Jahiliyah (yang menyebabkan kamu panas hati dan terharu), lalu Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman (sehingga tercapailah perdamaian), serta meminta mereka tetap berpegang kepada "Kalimah Taqwa", sedang mereka (di sisi Allah) adalah orang-orang yang sangat berhak dengan "kalimah Taqwa" itu serta menjadi ahlinya. Dan (ingatlah), Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu
Ketujuh
Allah swt. menghiasi dunia dengan TUJUH negeri yang besar iaitu pertama: Hindustan, kedua: Hijaz, ketiga: Bashrah, Badiyah dan Kufah, keempat: Iraq, Syam, Khurasan sampai ke Balakh, kelima: Roma dan Armenia, keenam: Negeri Ya'juj dan Ma'juj, ketujuh: China dan Turkistan
Kemudian Allah swt. menghiasi TUJUH negeri itu dengan TUJUH hari iaitu Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat. Dan Allah swt. memuliakan dengan ketujuh hari itu dari para Nabi iaitu Allah memuliakan Nabi Musa as. dengan hari Sabtu, Nabi Isa bin Maryam as. dengan hari Ahad, Nabi Daud as. dan Nabi Syith as. dengan hari Isnin, Nabi Sulaiman as. dengan hari Selasa, Nabi Salleh as. dengan hari Rabu, Nabi Ya'kub as. dan Nabi Ibrahim as. dengan hari Khamis dan Nabi Muhammad saw. dan umatnya dengan hari Jumaat
Jazakalahu khairan katsira wassalammualaikum wbk.

Disini, kita bertemu...menjalin ukhuwah keranaNYA......