Friday, September 11, 2009

Tingkatan Puasa.....

Ramadhan semakin menginjak ke penghujungnya. Terasa sungguh sedih, kerana belum pasti Ramadhan di tahun hadapan bakal dapat dilalui...... Dalam kesibukan mengejar syawal yang hampir seminggu dirasai, janganlah kita alpha dek keseronokan berbelanja dan berlebih-lebihan dalam membuat pelbagai persiapan untuk menyambut Syawal . Rebutlah jua keseronokan malam-malam terakhir penghulu segala bulan ini. Mudah-mudahan Malam lailatul qadar bisa kita rasai kenikmatannya.
Sesungguhnya ramadhan ini bulan yang penuh dengan tarbiyahnya. Tarbiyah rohani dan jasmani. Harapan saya , apabila ramadhan ini telah pergi, saya mampu menjadi yang lebih baik dari sebelumnya. Menurut Imam al-Ghazali,puasa dari kaca mata tasawwuf terbahagi kepada tiga tingkat iaitu :

1. shaum al-umum ( puasa orang kebanyakan )

- sekadar menahan perut daripada lapar dan dahaga serta anggota sulit daripada syahwat.

2. Shaum al- Khusus (puasa khusus )

- puasa ini adalah puasa orang-orang soleh iaitu menahan anggota badan daripada melakukan kemaksiatan dengan enam perkara berikut :

  • menjaga mata daripada melihat perkara kemaksiatan
  • menjaga lisan daripada memfitnah, mengumpat, berdusta dan perkara yang sia-sia
  • menjaga telinga daripada mendengar yang haram
  • menjaga seluruh anggota tubuh daripada perbuatan negatif
  • menjaga agar tidak makan berlebihan ketika berbuka
  • menjaga hari agar senantiasa takut dan berharap kepada Allah kerana Allah sahajalah yang berhak menolak dan menerima puasa kita.

3. Shaum khusus al-khusus (puasa golongan yang khusus )

- puasa ini merupakan puasa tiga golongan iaitu : para nabi, Al-Siddiqun ( orang yang jujur ), Al-Muqarrabin ( orang yang dekat dengan Allah )



Namun saya tetap berharap agar saya mampu menduduki puasa tingkat yang kedua. Sesungguhnya dengan rasa rendah diri dan sedar diatas kelemahan serta kekurangan diri, saya masih belum mampu menduduki carta puasa yang ketiga ini, kerana tingkat puasa yang ketiga ini adalah yang paling tinggi darjatnya kerana mereka yang berada ditingkat ini bukan sahaja puasa pada diri dan jasmani tetapi seluruh hatinya juga berpuasa kerana Allah, semata-mata mengharapkan bekal dan ganjaran ukhrawi. Aduh....sungguh indah puasa golongan ini....wallahu a'lam.

Disini, kita bertemu...menjalin ukhuwah keranaNYA......